Friday 28 March 2014

SPS oh SPS

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah Zon Tengah: Modul Kedatangan Staff, Kedatangan Murid dan Pengurusan NILAM.

   Bengkel ini dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor yang bermula pada hari Khamis dan tamat pada hari Jumaat iaitu 27 Mac 2014 hingga 28 Mac 2014. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Pegawai-pegawai terlibat terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan juga Pusat Kegiatan Guru Negeri. Bengkel ini diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

   Banyak isu yang dibincangkan dalam bengkel ini antaranya ialah Keperluan Pegawai Meja di BTPN dan juga di PKG. Antara isu yang diperbincangkan adalah keperluan untuk mendapatkan ID untuk pegawai meja di BTPN dan PKG. Ini adalah kerana sehingga kini pegawai meja di BTPN dan PKG tidak mendapat ID dan tidak boleh untuk akses ke dalam Sistem Pengurusan Sekolah. Ekoran daripada itu, pegawai meja di BTPN dan PKG menghadapi kesukaran untuk membantu sekolah.

   Isu yang dihadapi juga adalah masalah-masalah sekolah yang belum dijawab oleh helpdesk. Namun demikian apa yang dijelaskan oleh pegawai-pegawai helpdesk menyatakan mereka sentiasa menjawab laporan yang dilaporkan oleh sekolah-sekolah. Namun demikian apa yang menyedihkan jawapan daripada pihak sekolah menyatakan bahawa helpdesk tidak pernah menjawab aduan yang dilaporkan. Bagi menyelesaikan masalah ini, BTPN Selangor menyarankan supaya setiap email yang dijawab atau dibalas dilampirkan sekali kepada pegawai meja di BTPN masing-masing.

   Selain daripada itu juga isu berkaitan dengan tetapan kebenaran bagi setiap kumpulan yang belum diwujudkan lagi dalam Kumpulan Sistem Pengurusan Sekolah seperti kumpulan HOD. Pegawai-pegawai meja dari BTPN dan PKG mohon supaya pihak helpdesk menyediakan kebenaran yang lengkap bagi setiap kumpulan yang belum dilengkapkan dengan kebenaran. Namun demikian mengikut penjelasan dari pihak helpdesk ianya tidak dapat dijalankan disebabkan pihak vendor tidak membenarkan kerana melibatkan cording pengaturcaraan. Bagi menyelesaikan masalah ini pegawai meja BTPN dan PKG memhon agar pihak helpdesk boleh menyediakan satu manual bagi memudahkan pihak pegawai meja BTPN dan PKG menguruskan kebenaran bagi setiap kumpulan pengguna yang belum ditetapkan kebenaran. Namun demikian kami akan cuba membantu guru di sekolah bagi menyelesaikan segala masalah berkaitan dengan Sistem Pengurusan Sekolah.

   Bagi memudahkan guru dan pentadbir sistem dalam pengurusan Sistem Pengurusan Sekolah di sekolah, sekolah boleh menghubungi sps.helpdesk@moe.gov.my atau sps.helpdesk2013@gmail.com dan salinkan kepada ju.sps@btpnsel.edu.my. Selain daripada itu sekolah juga boleh merujuk kepada http://btpnsel.edu.my.

   Selain daripada itu juga, pihak Jurulatih Utama BTPN Selangor telah menyediakan modul 1: Modul Pengurusan Maklumat Sekolah, Modul 2: Pengurusan Kemudahan Sekolah, Modul 3: Selenggara Takwim Sekolah, Modul 4: Pengurusan Pentadbir Sistem, Modul 5: Pengurusan Staf, dan Modul 6: Pengurusan Murid. Pihak Jurulatih Utama SPS BTPN Selangor akan menerbitkan Modul Kedatangan Staf, Kedatangan Murid dan Pengurusan NILAM.

   Namun demikian, pihak sekolah boleh merujuk laman ini atau laman sesawang BTPN Selangor untuk maklumat dan pengumuman yang terkini.

No comments:

Post a Comment