Wednesday 9 April 2014

Renungan Bersama

"MUTIARA SUBUH"

Jangan menilai orang dari rupanya, kerana Rasulullah melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat
baginda iaitu Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah, kerana sesorang yang hampir membunuh Rasulullah SAW pun kini trebaring di sebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid r.a

Jangan memandang orang dari status dan hartanya, kerana sepatu emas fir'aun berada di neraka sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal Bin Rabah terdengar di Syurga.

Subhanallah...

Monday 31 March 2014

KEM SMART ALLIANCE

KEM SMART ALLIANCE BTPN SELANGOR

   Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor melalui Unit Perkhidmatan ICT dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru Negeri Selangor, akan menganjurkan Kem Smart Alliance yang akan berlangsung pada 01 April 2014 sehingga 03 April 2014 (Selasa hingga Khamis).



Friday 28 March 2014

SPS oh SPS

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah Zon Tengah: Modul Kedatangan Staff, Kedatangan Murid dan Pengurusan NILAM.

   Bengkel ini dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor yang bermula pada hari Khamis dan tamat pada hari Jumaat iaitu 27 Mac 2014 hingga 28 Mac 2014. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Pegawai-pegawai terlibat terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan juga Pusat Kegiatan Guru Negeri. Bengkel ini diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.