Monday 31 March 2014

KEM SMART ALLIANCE

KEM SMART ALLIANCE BTPN SELANGOR

   Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor melalui Unit Perkhidmatan ICT dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru Negeri Selangor, akan menganjurkan Kem Smart Alliance yang akan berlangsung pada 01 April 2014 sehingga 03 April 2014 (Selasa hingga Khamis).






   Peserta kem adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 seluruh Negeri Selangor. Pemilihan di buat oleh Pusat Kegiatan Guru zon masing-masing. Setiap Zon PKG akan diwakili oleh seorang murid sahaja.

   Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah PC Assamble, melalui aktiviti ini para peserta akan berpeluang belajar membuka dan memasang komputer peribadi seperti memasang perkakasan dan peralatan yang terdapat dalam komputer peribadi. Antara peralatan yang akan dipasang adalah motherboard, RAM, CD-Rom, Processor dan Harddisk. Para peserta di beri pendedahan bagaimana menyenggara peralatan tersebut seandainya rosak. Peserta juga diajar untuk menjalankan konfigurasi peralatan tersebut dan mengetahui keupayaan sistem tersebut.

   Pelajar juga akan diberi pendedahan tentang keselamatan cyber yang akan diterangkan dan diberi taklimat oleh Cyber Scurity Malaysia. Para peserta juga berpeluang untuk mengetahui aspek-aspek keselamatan di alam cyber yang serba canggih. Peserta juga akan menjalani satu aktiviti Jejak Maklumat ICT. Pelbagai pegalaman yang peserta dapat timba dalam permainan ini. Peserta juga diajar dalam pembangunan dan pembinaan laman VLE Frog. Peserta akan dikehendaki untuk membina laman mereka sendiri yang akan dibantu oleh Jurulatih Utama yang berpengalaman.

   Di akhir program ini diharapkan agar para peserta akan dapat meningkatkan kemahiran ICT di kalangan  pelajar yang tinggi, mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam penggunaan ineternet dikalangan peserta, meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan cyber, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang komponen komputer peribadi, dan penggunaan bahan internet melalui laman VLE Frog.

No comments:

Post a Comment