Thursday 2 May 2013

Bicara Inteleks Guru


Sudah lama tak menulis di sini. Awal tahun ni agak sibuk dengan aktiviti yang tak tekejar. Minggu lepas baru balik dari Genting view resort. Hari berada di Pusat Kegiatan Guru Kampung Soeharto mengikuti seminar Bicara Inteleks Guru.

Antara yang hadir ke seminar ini adalah Yang Berbahagia Dr. Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Di mana Dr. Soon merupakan salah seorang panel yang mengubal pelan pembangunan ini.

Beliau menerangkan tentang gelombang 1 PPM iaitu antara tahun 2013 hingga tahun 2015 pelaksanaan 1 BestariNet (4G) yang dilaksanakan 100% kepada seluruh sekolah di Malaysia. Selain daripada itu Vitual Learning Enviroment (VLE) frog sudah mula dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia. Antara lain juga Dr. Soon juga menerangkan tentang Learning Objek iaitu penggunaan bahan digital & literasi maklumat.

Antara penceramah-penceramah lain yang terlibat ialah Pn Rusita bt Sahari. Tn Hj. Tohir bin Karim, En. Mohd Sujang Ahmad Zaini (Presiden PKG Malaysia), En. Mohd Ngasri Hamdani (Presiden PKG Selangor), Tuan Haji Ghazali (PKG Batu 38).

No comments:

Post a Comment