Monday 23 May 2016

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru...

Saya rasa agak tidak terlambat untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di Malaysia.
Saban tahun, pada 16 Mei air mata saya akan bergenang apabila lagu "Kami Guru Malaysia" berkumandang. Air mata bergenang bukan kerana saya sedih atau hiba atau berduka, tapi saya bangga sebab saya adalah "Cikgu". 

Pada hari ini juga saya akan merindui cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dahulu, di sebuah kampung dalam jajahan Pasir Puteh di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Bermula di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi (SKTT), Pasir Puteh, Kelantan, saya mula mengenal huruf A,B,C... dan mula mengira 1, 2, 3.....


Bermula tahun 1983, saya mula mengenal dunia persekolahan. Pada masa ayah menghantar saya menaiki basikal tua, mendaftar diri di SKTT bermula dengan darjah 1. 33 tahun yang lalu, Saya diajar membaca, menulis dan mengira.

Wednesday 9 April 2014

Renungan Bersama

"MUTIARA SUBUH"

Jangan menilai orang dari rupanya, kerana Rasulullah melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat
baginda iaitu Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah, kerana sesorang yang hampir membunuh Rasulullah SAW pun kini trebaring di sebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid r.a

Jangan memandang orang dari status dan hartanya, kerana sepatu emas fir'aun berada di neraka sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal Bin Rabah terdengar di Syurga.

Subhanallah...

Monday 31 March 2014

KEM SMART ALLIANCE

KEM SMART ALLIANCE BTPN SELANGOR

   Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor melalui Unit Perkhidmatan ICT dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru Negeri Selangor, akan menganjurkan Kem Smart Alliance yang akan berlangsung pada 01 April 2014 sehingga 03 April 2014 (Selasa hingga Khamis).



Friday 28 March 2014

SPS oh SPS

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah Zon Tengah: Modul Kedatangan Staff, Kedatangan Murid dan Pengurusan NILAM.

   Bengkel ini dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor yang bermula pada hari Khamis dan tamat pada hari Jumaat iaitu 27 Mac 2014 hingga 28 Mac 2014. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Pegawai-pegawai terlibat terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan juga Pusat Kegiatan Guru Negeri. Bengkel ini diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Thursday 2 May 2013

Bicara Inteleks Guru


Sudah lama tak menulis di sini. Awal tahun ni agak sibuk dengan aktiviti yang tak tekejar. Minggu lepas baru balik dari Genting view resort. Hari berada di Pusat Kegiatan Guru Kampung Soeharto mengikuti seminar Bicara Inteleks Guru.

Antara yang hadir ke seminar ini adalah Yang Berbahagia Dr. Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday 25 July 2012

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.
  Sudah agak lama tak update blog ni, dah terlampau busy jer kebelakangan ni. Bermula dengan akhir bulan Jun baru ni, berada di Pulau Pangkor kerana ada Kursus Pemantapan Pengurusan Pembestarian Sekolah Melalui Teknik dan Kemahiran Pengkomputeran Juruteknik FT17 PKG Selangor. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor ( UPICT,BTPNSel ) bertempat di Telok Dalam Beach and Resort, Pulau Pangkor. Kursus bermula dari hari Isnin berakhir hari Khamis.

Wednesday 25 January 2012

Perkhidmatan Membaiki Komputer Di Rumah

Kami ingin berkongsi dengan pembaca dan pelayar blog, kini saya ada menawarkan perkhidmatan membaiki komputer di rumah. Anda mungkin tiada kesempatan masa atau waktu untuk menghantar komputer anda ke kedai komputer ekoran daripada kekangan masa.

Oleh Yang demikian, saya ada menawarkan perkhidmatan tesebut, dan saya akan berkunjung ke rumah anda untuk perkhidmatan membaiki komputer. Tawaran ini hanya sah untuk warga Shah Alam sahaja. Anda hanya perlu menghubungi saya di nombor telefon yang tertera untuk membuat temu janji, saya akan ke rumah anda untuk membaiki dan tidak perlu untuk dibawak keluar. Mungkin ada kes-kes yang tertentu sahaja yang akan melibatkan urusan membawa keluar komputer dari rumah anda.

Kami juga akan berunding dengan anda dari segi budjet, jika dipersetujui bersama maka proses pembaikan akan dijalankan. Jika tidak kami tidak akan mengenakan sebarang cas atau bayaran.

Jika anda berminat sila klik atas banting/gambar dibawah untuk dapatkan info terperinci