Monday 23 May 2016

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru...

Saya rasa agak tidak terlambat untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di Malaysia.
Saban tahun, pada 16 Mei air mata saya akan bergenang apabila lagu "Kami Guru Malaysia" berkumandang. Air mata bergenang bukan kerana saya sedih atau hiba atau berduka, tapi saya bangga sebab saya adalah "Cikgu". 

Pada hari ini juga saya akan merindui cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dahulu, di sebuah kampung dalam jajahan Pasir Puteh di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Bermula di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi (SKTT), Pasir Puteh, Kelantan, saya mula mengenal huruf A,B,C... dan mula mengira 1, 2, 3.....


Bermula tahun 1983, saya mula mengenal dunia persekolahan. Pada masa ayah menghantar saya menaiki basikal tua, mendaftar diri di SKTT bermula dengan darjah 1. 33 tahun yang lalu, Saya diajar membaca, menulis dan mengira.