Wednesday 25 July 2012

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.
  Sudah agak lama tak update blog ni, dah terlampau busy jer kebelakangan ni. Bermula dengan akhir bulan Jun baru ni, berada di Pulau Pangkor kerana ada Kursus Pemantapan Pengurusan Pembestarian Sekolah Melalui Teknik dan Kemahiran Pengkomputeran Juruteknik FT17 PKG Selangor. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor ( UPICT,BTPNSel ) bertempat di Telok Dalam Beach and Resort, Pulau Pangkor. Kursus bermula dari hari Isnin berakhir hari Khamis.
  Sekembali dari Pulau Pangkor, ke Pulau Ketam pula di mana program "Sharing is Caring" dijalankan di sana. Program ini diadakan dengan kerjasama yang amat baik dari PKG Pelabuhan Klang. Program ni dijalankan di SMK Pulau Ketam dan melibatkan sekolah-sekolah sekitar Pulau Ketam tu ( Dalam Pulau Daaaa ). Hajat hati memang teringin nak ikut sama ke Pulau Ketam, tapi cita-cita tak kesampaian disebabkan ada tugasan yang tak dapat nak tinggal yang sedia menunggu di BTPN Selangor ( Taklimat Sebut Harga ). Berdasarkan cerita rakan-rakan yang pergi, katanya pengangkutan utama kat sana adalah basikal sahaja. Keadaan jalan kat sana semua tak cecah tanah semua atas titi yang dibina di atas permukaan air. Cikgu-cikgu pulak kat sana kerja dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Waktu kerja jadi lewat ni disebabkan oleh masalah pengangkutan kerana ada cikgu-cikgu yang berulang dari Klang ke Pulau Ketam.
Waa.... bestnya dengar citer yang pergi kat sana. Eh! Puan Rusita macam takut-takut jer, baik-baik kak kalau jatuh tak ada saper nak tolong, Si Mohsan pon kena pimpin tu, lagi tak leh harap.
  Sementara kumpulan yang ke Pulau Ketam sibuk dengan tugas-tugas mereka di sana, aku bersama Tuan Misnan mengadakan taklimat sebutharga bagi penyenggaraan peralatan ICT bagi BTPN Selangor dan PKG. Alhamdulillah taklimat habis kul 10.30 pagi dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan Misnan. Terima Kasih tuan.
  Pada minggu berikutnya pula, ke Port Dickson, Ilhan PNB Resort ada Kursus Kecemerlangan Perkhidmatan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus yang dihadiri oleh seluruh warga BTP-BTPN-PTPB-PKG yang dipilih mewakili negeri masing-masing. Dapat jumpa kawan dari seluruh negara. Hari kedua di sana dapat berita dari kampung, Bonda kesayangan masuk hospital. Darah tinggi dan kencing manis, aduhai, macam mana lar boleh berlaku ni. bergegas balik kampung melawat bonda di hospital. Mak masuk Hospital Tengku Anis, Pasir Putih. Seminggu jugak kat kampung.
  Balik ke Selangor, mula dengan Program Outreach Sekolah-sekolah Orang Asli. Program ni buat kat SK Sungai Judah (A). Program ni dianjurkan untuk semua sekolah asli di negeri Selangor. Program ni dirasmikan oleh Puan Pengarah BTP, Puan Rosnani. Kira grant jugak lar majlisnya, tapi penat sangat. Tak per puas hati, seronok dan dalam masa yang sama bonda di kampung pun dah semakin pulih, Alhamdulillah. Program ini adalah Kerjasama diantara BTPN Selangor, JAKOA, PKG Daerah Banting Dan SK Sungai Judah (A). Pada majlis ini juga diadakan juga penyampaian duit KEDAP pada pelajar-pelajar kelas dewasa orang asli.
Meriah betul majlis tu, siap ada tarian dari masyarakat orang asli Kampung Bumbum. Siap ada nyanyi-nyanyi lagi. Ingat nyanyi dalam bahasa orang asli rupa-rupanya dalam Bahasa Malaysia.
  Program tamat jam 5 petang, sampai kat pejabat jam 6.00 petang. Pergi ke sana naik keta Puan Rusita bersama Puan Anizah, Puan Yanty. Masa pergi sana, Puan Rusita yang drive, masa balik aku drive pulak naik Toyota Wish.
  Dalam kesibukkan tugas seharian, sedar tak sedar dah hari ke-5 kita berada di bulan yang penuh dengan kerahmatan ni. Maksudnya dah 5 hari kita berpuasa. sekejap jer kan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah 5 hari. Di bulan yang mulia ni, mari la kita sama-sama perbanyakkan amalan kerana di bulan ini segala amalan kita digandakan.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA

No comments:

Post a Comment