Monday 23 May 2016

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru...

Saya rasa agak tidak terlambat untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di Malaysia.
Saban tahun, pada 16 Mei air mata saya akan bergenang apabila lagu "Kami Guru Malaysia" berkumandang. Air mata bergenang bukan kerana saya sedih atau hiba atau berduka, tapi saya bangga sebab saya adalah "Cikgu". 

Pada hari ini juga saya akan merindui cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dahulu, di sebuah kampung dalam jajahan Pasir Puteh di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Bermula di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi (SKTT), Pasir Puteh, Kelantan, saya mula mengenal huruf A,B,C... dan mula mengira 1, 2, 3.....


Bermula tahun 1983, saya mula mengenal dunia persekolahan. Pada masa ayah menghantar saya menaiki basikal tua, mendaftar diri di SKTT bermula dengan darjah 1. 33 tahun yang lalu, Saya diajar membaca, menulis dan mengira.
1988 saya tamat darjah 6 dengan menduduki peperiksaan UPSR dan kami adalah pelajar pertama yang mengambil peperiksaan tersebut, yang sebelum itu pelajar-pelajar mesti menduduki Penilaian Darjah 5. Enam tahun saya belajar di SKTT, banyak kenangan manis dan pahit dilalui. Pengalaman itu amat bermakna bagi saya yang tiada nilai untuk dinilaikan. Terima kasih Cikgu kerana mengajar saya. Tiada bahasa yang dapat saya ungkapkan hanya ucapan "terima kasih cikgu". Kerana Cikgu saya jadi seperti sekarang.

1989, saya mula bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Jawa (SMBJ), Pasir Puteh Kelantan, sekarang ini dikenali sebagai SMK Bukit Jawa. Kalau dulu sekitar tahun 1989 sehingga tahun 1995, didepan sekolah ada barisan pokok kelapa sawit, redup, sejuk dan nyaman. Disitu lah tempat kami duduk sambil menunggu masa masuk kelas. 1989 sehingga 1990 saya di tingkatan 1 dan tingkatan 2 bersekolah di waktu petang. 1991 saya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kemudian, SPM pada tahun 1993 dan STPM pada tahun 1995 di SMBJ. Terima kasih Cikgu sebab mengajar saya sehingga saya jadi seperti kini. Antara cikgu-cikgu yang namanya masih lagi dalam ingatan ialah Cikgu Lim Chan See, Cikgu Ariffin, Cikgu Mohammad, Cikgu Fauzan, Cikgu Khairulthzam, Cikgu Mat Nor dan ramai lagi. Bukan tak kenangan jasa cikgu di SKTT sebab tak sebut nama, tapi terlupa nama cikgu, tapi jasa cikgu pada saya tetap saya kenang sampai bila-bila.Terima kasih tak terhingga kepada semua ckgu yang mengajar saya.

Tidak saya lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya. Pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan dan juga diUniversiti. Jasa cikgu-cikgu amat bernilai. Terima kasih Cikgu.

"SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CKGU"

No comments:

Post a Comment